Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Produk koko cecah RM3.6 bilion hingga Jun 2022

    KUALA LUMPUR, 16 OKT — Perolehan eksport koko dan produk koko telah mencecah RM3.6 bilion sehingga Jun 2022, kata Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Rahimah Majid.

    Beliau berkata pencapaian tersebut adalah berikutan permintaan yang tinggi di luar negara dan harga produk-produk koko yang berada pada paras yang memberangsangkan.

    “Berdasarkan perkembangan suku pertama dan suku kedua nilai eksport koko, kita akan mencapai sasaran lebih daripada RM7 bilion, dan saya harap tahun hadapan pencapaian akan lebih baik.

    “Sebagai rakyat Malaysia kita harus bangga dengan coklat yang dihasilkan di Malaysia kerana kualitinya tidak kurang hebat dan sangat sedap serta kompetitif dengan keluaran negara luar.

    “Coklat keluaran Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara Jepun apabila muncul sebagai negara pengeksport terbesar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Koko dan Coklat Malaysia (MCCD) 2022 di sini kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...