Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Program Rehlah ilmiyyah dan Pejuang Fajr imarahkan masjid

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Urus Setia Program Keagamaan Belia
    dan Belia Daie dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) akan mengadakan Program Rehlah ilmiyyah dan Pejuang Fajr di Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong, esok pada pukul 4:30 pagi.

    Program tersebut diadakan bersempena sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 dan akan diisikan dengan sembahyang fardu Subuh berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Al-
    Kahfi beramai-ramai.

    Ia juga akan diserikan dengan penyampaian tazkirah bertajuk ‘Penghijrahan yang Utama’ yang akan disampaikan oleh daie bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Muhammad Khairul Muaz bin Haji Sibodaud.

    Di samping itu, senaman pagi dan kempen kebersihan untuk para peserta program dan jemaah masjid serta orang ramai juga diadakan.

    Program tersebut diadakan untuk menyemarakkan dan mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

    Selain itu, ia dihasratkan dapat memberi manfaat dan titik permulaan hijrah serta semangat istiqamah dalam landasan syariat Islam kepada para peserta dan orang ramai.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...