Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif tanam sifat perpaduan, patriotisme

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Progresif Sdn Bhd berbangga kerana dapat menyertai secara aktif dalam Upacara Perbarisan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK-40) dengan menunjukkan semangat perpaduan dan patriotisme yang bergema dengan rakyat dan penduduk negara ini.

    Menerusi penyertaan itu, Progresif bukan sahaja menyertai acara perbarisan tetapi juga sama-sama menanamkan semangat perpaduan, kebanggaan dan perayaan selaras dengan tema sambutan, Bersatu Mencapai Cita Negara.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, di sini, penyertaannya dalam acara perbarisan itu menyaksikan seramai 40 orang kakitangan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar, berbaris dan bergerak dengan penuh semangat serta ketekunan yang melambangkan komitmen teguh syarikat berkenaan kepada perpaduan dan perayaan negara.

    Hajah Nurul Haniah dipetik menyatakan Progersif amat berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam acara penuh perpaduan semasa sambutan yang merupakan sebuah mercu tanda amat bermakna bagi mengukuhkan lagi identiti yang dikongsi bersama.

    Beliau menyatakan dengan mengimbau kembali pencapaian kita, kita harus memperbaharui komitmen kepada perkembangan, perpaduan, kemakmuran dan kemampanan, dalam sama-sama berusaha menuju ke arah merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035.

    Hajah Nurul Haniah bergambar ramai bersama kakitangan Progresif yang turut serta dalam acara perbarisan. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF

    Mengenali akan pentingnya untuk terus berhubung semasa sambutan hari kebangsaan, Progresif juga menawarkan perkhidmatan Wifi percuma di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 24 Februari di mana usaha itu akan membolehkan mereka yang hadir untuk berkongsi dan merakamkan saat-saat yang bermakna serta untuk memupuk pengalaman perayaan yang mengayakan secara kolektif.

    Sebagai usaha untuk menyediakan sokongan kepada jawatankuasa-jawatankuasa acara berkenaan, Progresif juga menyediakan peranti Push-to-Talk (PTT) percuma di mana peranti berkenaan memainkan peranan penting dalam memudahkan komunikasi bukan sahaja semasa acara terapi juga hari-hari menuju ke acara perayaan.

    Sumbangan itu menekankan dedikasi Progresif dalam memastikan pihak penganjur dalam menyelaraskan dan menguruskan aktiviti-aktiviti perayaan secara efisien.

    Di samping itu, sebelum hari kebangsaan, Progresif juga telah mengagihkan bendera Negara Brunei Darussalam secara percuma kepada pelanggan-pelanggan yang membuat pembayaran bil mereka di cawangan Progresif.

    Inisiatif itu menjana hubungan antara komuniti dan sambutan perayaan HK-40 yang dihasratkan untuk menanamkan perasaan perpaduan menerusi pengibaran bendera Negara Brunei Darussalam dalam acara penuh bermakna itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda