Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek kesedaran letak kereta khas OKU

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Ke arah meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan tempat letak kereta orang kelainan upaya (OKU) dan hak OKU, Projek Kesedaran mengenai Penggunaan Tempat Letak Kereta Khas bagi OKU telah berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis itu ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh.

    Inisiatif bagi mengadakan projek kesedaran itu merupakan salah satu inisiatif Kumpulan We.Kare di bawah Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Peringkat Pertengahan (EDPMMO) yang ke-35.

    Projek ini merupakan usaha untuk meningkatkan kesedaran, memacu perubahan dan memberi dukungan padu terhadap hak OKU di Negara Brunei Darussalam.

    Inisiatif ini juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-10 iaitu Mengurangkan Ketidaksamaan, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan terangkum dalam masyarakat.

    Majlis itu turut memberi peluang kepada tetamu yang hadir untuk mendengarkan sesi taklimat dari JAPEM, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dan diikuti dengan sesi soal jawab dan seterusnya penyampaian poster maklumat kepada 50 buah agensi kerajaan dan pusat membeli belah termasuk pemilik bangunan.

    Sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran itu, We.Kare telah melukis tempat letak kereta yang ditetapkan untuk OKU di kawasan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Pasar Pelbagai Barangan Gadong dan Institut Perkhidmatan Awam untuk menjadikan tempat letak kereta yang lebih mudah bagi mereka yang amat memerlukannya.

    Di majlis itu, tetamu kehormat kemudian beredar ke lot baharu tempat letak kereta khas OKU di masjid berkenaan bagi acara perasmian lot baharu berkenaan.

    Turut hadir di majlis itu, agensi kerajaan, pemilik bangunan, Persatuan Orang Berkerusi Roda dan Cacat Anggota (PAPDA) dan Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU).

    Dayang Fauziah semasa merasmikan lot baharu tempat letak kereta khas OKU semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda