Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Protes berterusan di Indonesia

    JAKARTA, 23 OGOS – Kemarahan terhadap Presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joko Widodo dan penyokongnya belum reda sepenuhnya di Indonesia hari ini, meskipun selepas ahli parlimen membatalkan draf Rang Undang-Undang Pilihan Raya yang boleh mengukuhkan pengaruh presiden itu selepas beliau mengundur diri daripada itu jawatan pada Oktober, lapor agensi berita Jerman.

    Ahli parlimen mengumumkan pada lewat kelmarin bahawa mereka memutuskan untuk menggugurkan langkah itu selepas ribuan orang turun ke jalanan membantah draf undang-undang yang dikatakan akan merendahkan prinsip-prinsip demokrasi dan pilihan raya yang kompetitif.

    Protes berterusan pada hari ini dengan orang ramai berhimpun di suruhanjaya pilihan raya kebangsaan di Jakarta.

    Rang undang-undang kontroversi itu diperkenalkan sehari selepas Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan bersejarah pada Rabu. – Bernama

    Penunjuk perasaan melaungkan slogan semasa membantah tindakan membatalkan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang mengubah peraturan kelayakan calon pilihan raya umum akhir tahun ini, di hadapan Parlimen Jawa Timur di Surabaya, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda