Saturday, May 11, 2024
35 C
Brunei

    -

    Puting beliung di selatan China ragut 5 nyawa, rosakkan ratusan kilang

    BEIJING, 28 APRIL – Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China kelmarin, membunuh lima orang dan merosakkan lebih 140 bangunan kilang, kata media kerajaan.

    Pentadbiran Meteorologi China berkata puting beliung itu melanda kira-kira jam 3 petang di daerah Baiyun di Guangzhou, sebuah metropolis dan pusat pembuatan yang luas berhampiran Hong Kong.

    Video yang disiarkan dalam talian menunjukkan langit tengah hari gelap oleh awan ribut dan serpihan berpusar ke udara.

    Pihak berkuasa berkata, 33 orang lagi cedera dan 141 bangunan kilang rosak, kata Agensi Berita Xinhua rasmi.

    Amaran puting beliung telah dikeluarkan untuk bahagian lain di Guangzhou dan terdapat laporan yang belum disahkan bahawa puting beliung kedua kelihatan melanda daerah lain di bandar itu pada sebelah petang.

    Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen melawat Guangzhou semasa lawatan rasmi ke China awal bulan ini. Bandar itu, yang dahulunya dikenali sebagai Canton, juga baru-baru ini mengadakan Pameran Canton, pameran eksport dan import utama yang menarik pembeli dari seluruh dunia.

    Pada September, dua puting beliung membunuh 10 orang di wilayah Jiangsu di timur China. – AP

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...