MOSCOW, 15 JULAI – Rakyat Syria akan keluar mengundi pada hari ini untuk memilih 250 ahli parlimen untuk penggal empat tahun, lapor Sputnik.
Bagaimanapun, pilihan raya akan berlangsung hanya di wilayah yang dikuasai oleh kerajaan Syria.
Parti Baath pimpinan Presiden Bashar Assad mempunyai majoriti dalam badan perundangan itu dan dilihat sebagai penda-hulu dalam pilihan raya parlimen.
Ini merupakan pilihan raya parlimen keempat sejak konflik tercetus di negara Arab itu pada 2011.
Kira-kira satu pertiga negara itu masih dikuasai pemberontak dan kumpulan yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas. – Bernama