Berlaku kesilapan dalam berita bertajuk ‘Doa Kesyukuran sempena Hari Perkhidmatan Awam’ edisi Jumaat, 29 September 2017 di Muka 8.
Perenggan kedua sepatutnya ‘Hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Haji Nazmi bin Haji Mohammad selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perkhidmatan Awam…’ dan bukannya seperti yang disiarkan.
Manakala keterangan gambar di muka M2, keluaran Sabtu/Ahad akhbar ini, istana dalam gambar tersebut ialah Istana Darussalam dan bukan seperti yang disiarkan. Kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan dan disesali.