Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rezeki Raja Pop

    Tiada yang lebih membahagiakan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 64, dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, apabila dikurniakan seorang lagi cahaya mata pada bulan mulia, Ramadan.

    Memasuki Syawal, kemeriahan Aidilfitri lebih dirasakan dengan kehadiran si comel diberi nama Rahil Laura Salsabila Yamani, selain tiga anak lain, hasil perkongsian hidup sejak 2017.

    Jamal yang dikenali sebagai Raja Pop menganggap kehadiran Laura sebagai hadiah bermakna daripada Yang Maha Esa.

    Akui Jamal, beliau tidak menyangka masih berpeluang menimang cahaya mata, apatah lagi, dikurniakan rezeki dalam bulan penuh keberkatan.

    “Saya bersyukur kerana dengan kelahiran Laura pada Ramadan. Kehadirannya melengkapkan anak saya dan isteri, iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

    Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ahmad Zaki dan Osama. – Agensi

    “Tidak sangka Allah SWT beri saya rezeki anak seperti ini. Saya sangat bersyukur dengan kurniaan itu kerana ada orang yang masih menanti kehadiran cahaya mata mereka.

    “Kelahiran Laura sebelum Aidilfitri sangat bermakna dan menggembirakan buat saya,” katanya kepada BH Online.

    Tiga lagi anak Jamal dan Zai Izzati adalah Nur Azura Yamani yang berusia tiga tahun; El Isaac Yamani atau Zack yang berusia dua tahun dan Iskandar Rayyan Yamani, setahun.

    Laura dilahirkan secara pembedahan pada 14 April lalu di sebuah hospital swasta di ibu negara.

    Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

    Jamal atau nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, berkata sambutan Aidilfitri bagaimanapun sederhana berikutan isteri sedang berpantang. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda