Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ri Ri, Shin Shin pulang ke China bulan depan

    TOKYO, 1 SEPT – Dua ekor panda tua di sebuah zoo di Tokyo akan dikembalikan ke China bulan depan untuk rawatan perubatan, kata gabenor bandar itu, dengan pengunjung beratur pada Sabtu untuk melihat panda itu buat kali terakhir.

    Panda Ri Ri dan Shin Shin tiba di Zoo Ueno pada 2011 dan dijadualkan tinggal sehingga Februari 2026, tetapi Jepun dan China bersetuju adalah lebih baik bagi panda berusia 19 tahun itu untuk pulang ke negara asalnya.

    “Gejala seperti tekanan darah tinggi telah diperhatikan sejak dua tahun lalu. Panda tersebut kini sedang mengambil ubat dan menjalani ujian, tetapi tiada peningkatan yang ketara,” kata Gabenor Tokyo, Yuriko Koike kepada pemberita pada Jumaat.

    “Saya tahu sesetengah orang akan sedih melihat mamalia itu pergi, tetapi apabila kita memikirkan terlebih dahulu kesihatan panda yang disayangi, adalah lebih baik untuk mengucapkan selamat tinggal dengan mesra.”

    Sesi terakhir untuk melihat panda tersebut dijadualkan pada 28 September, tetapi media tempatan melaporkan kelmarin bahawa orang ramai sudah mula beratur untuk melihat panda itu buat kali terakhir. – AFP

    Pengunjung melihat Ri Ri dalam kandangnya di zoo Ueno, Tokyo pada 31 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda