Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizab pertukaran asing China berjumlah AS$3.2224 trilion

    BEIJING, 7 JULAI – Rizab pertukaran asing China berjumlah AS$3.2224 trilion pada akhir Jun 2024, menurut data rasmi yang diumumkan hari ini, lapor Xinhua.

    Jumlah itu menyusut sebanyak 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing China (SAFE).

    Terjejas oleh pelbagai faktor seperti dasar monetari ekonomi utama, jangkaan pasaran dan data makroekonomi, indeks dolar AS dan harga aset kewangan global meningkat pada Jun, menurut SAFE.

    Ekonomi China telah mengekalkan momentum pemulihan dan pembangunan berkualiti tinggi yang kondusif untuk menyokong kestabilan rizab pertukaran asing negara.

    Menurut data yang dikeluarkan hari ini oleh People’s Bank of China, rizab emas negara kekal tidak berubah pada Jun iaitu 72.8 juta auns, bersamaan dengan kira-kira AS$169.7 bilion. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda