Thursday, October 3, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan S’pura tinjau pengajaran Jawi di sekolah ugama

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 03 OKT – Rombongan seramai 18 orang yang terdiri dari 4 orang pensyarah dan 14 orang mahasiswa dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura telah mengadakan lawatan ke Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Sekolah Ugama Bokok, Daerah Temburong kelmarin.

    Rombongan yang diketuai oleh Dr Sa’eda Buang, Pensyarah Kanan, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, turut diiringi oleh pegawai kanan dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU).

    Antara tujuan lawatan rombongan berkenaan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi di sekolah-sekolah ugama dijadikan panduan dan penanda aras bagi pihak rombongan dalam usaha menyebarluaskan kemahiran penggunaan jawi di Singapura.

    Menyedari akan pentingnya kemahiran tulisan Jawi sebagai asas dalam membantu pembelajaran Al-Quran dan kehidupan seorang Islam di negara ini, asas pengetahuan tulisan Jawi telah diperkenalkan dalam kurikulum persekolahan Ugama, dengan harapan murid-murid mempunyai kemahiran Jawi bagi mempermudah mengikuti pembelajaran Al-Quran.

    Rombongan juga berkesempatan melawat Sekolah Ugama Beribi, Gadong pada sebelah pagi bagi tujuan yang sama.

    Sebahagian daripada aktiviti semasa lawatan berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda