Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan gencatan senjata Gaza tidak boleh terus ditangguh – Duta China

    NEW YORK, 30 OGOS – Rundingan mengenai gencatan senjata di Gaza tidak boleh terus ditangguhkan, kata Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang.

    Beliau berkata China menyelar segala serangan menyasarkan penduduk awam dan menentang tindakan kekerasan yang melanggar undang-undang antarabangsa di Gaza dan Tebing Barat Sungai Jordan dengan bertopengkan rundingan damai.

    Geng membuat gesaan itu semasa mesyuarat sementara Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung situasi kemanusiaan di Gaza kelmarin.

    Menurut beliau, konflik yang berlarutan selama lebih 10 bulan di Gaza telah mengakibatkan lebih 40,000 penduduk terkorban serta malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Tindakan Israel memperhebat sekatan terhadap agensi kemanusiaan PBB dan menghalang pengangkutan bekalan seperti bahan api terus merosakkan sistem bantuan kemanusiaan di Gaza.

    Geng turut mengecam keras tindakan Israel yang terus melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi UNSC dengan memperluas penempatan haram Yahudi dan menahan serta menyerang warga Palestin di Tebing Barat.

    Beliau menggesa supaya empat resolusi UNSC berhubung situasi Gaza dilaksanakan secara menyeluruh ke arah mewujudkan gencatan senjata yang berkekalan dan meredakan malapetaka kemanusiaan dengan berkesan. – Bernama

    Geng bercakap semasa mesyuarat Majlis Keselamatan di ibu pejabat PBB, pada 29 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda