Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Rusia, Ukraine teruskan rundingan

    MOSCOW, 1 APRIL – Rusia dan Ukraine hari ini meneruskan rundingan perdamaian menerusi persidangan video, kata perunding, selepas Moscow melaporkan serangan udara Ukraine ke atas depoh bahan api di barat Rusia.

    “Kami sedang meneruskan rundingan melalui persidangan video,” kata ketua perunding Moscow Vladimir Medinsky di Telegram. “Kedudukan kami mengenai Crimea dan Donbass masih tidak berubah.”

    Perunding Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan bersemuka di Istanbul pada Selasa. Rundingan memberikan sinar harapan pertempuran selama sebulan di Ukraine akan berakhir tetapi tidak adanya tanda-tanda yang menunjukkan serangan berkurangan di darat.

    Awal hari ini, seorang gabenor Rusia menuduh helikopter Ukraine mengebom depoh bahan api di barat bandar Rusia Belgorod sekali gus mencetuskan kebakaran besar.

    Kejadian itu menandakan kali pertama Rusia telah melaporkan serangan udara Ukraine ke atas wilayahnya sejak Presiden Vladimir Putin menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari.

    Kremlin berkata serangan udara Ukraine akan menjejas rundingan perdamaian baharu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...