Pasangan penyanyi Sabrina Carpenter dan pelakon Barry Keoghan dilaporkan sudah berpisah selepas setahun bercinta.
Memetik laporan People, khabar tersebut dikongsikan rakan terdekat pasangan berkenaan.
Bagaimanapun individu berkenaan tidak mendedahkan punca perpisahan mereka namun memberi bayangan kedua-dua mereka sibuk dengan karier masing-masing.
“Mereka berdua masih muda dan mementingkan kerjaya, jadi mereka telah memutuskan untuk berpisah,” katanya.
Namun sehingga kini, Sabrina dan Keoghan masih lagi mengunci mulut berhubung khabar tersebut.
Untuk rekod, pasangan ini mula mendedahkan hubungan mereka pada awal Disember tahun lalu.
Sejak itu mereka sering meninggalkan komen menyokong antara satu sama lain di media sosial masing-masing.
Tidak hanya itu, Barry juga pernah muncul di muzik video Sabrina menerusi lagu Please Please Please yang dilancarkan Julai lalu. – Agensi