Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Sambutan Aidilfitri MPC erat hubungan silaturahim

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri memberikan peluang yang amat baik bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam suasana yang meriah.

    Dalam hubungan itu, kira-kira 500 orang tetamu telah berkunjung ke Majlis Hari Raya yang dihoskan oleh Syarikat Pelabuhan Muara (MPC) di Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Acara itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPC, Wei Jinfeng; Ketua Pegawai Operasi, Fazilah Yassin bersama-sama pengurusan dan kakitangan MPC.

    Majlis itu dihadiri oleh jemputan yang terdiri daripada menteri-menteri kabinet, duta-duta asing, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

    Turut hadir ialah tokoh-tokoh masyarakat dan perniagaan terkemuka di mana mereka berpeluang untuk berinteraksi dan bersama-sama meraikan sambutan perayaan dengan pihak pengurusan serta kakitangan MPC sambil menikmati hidangan juadah yang enak.

    Majlis itu bermatlamat untuk mengukuhkan hubungan MPC dengan pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan dan menyokong pembangunan serta kejayaan syarikat berkenaan sebagai pelabuhan tunggal di Negara Brunei Darussalam.

    Wei Jinfeng, Fazilah Yassin bersama-sama pihak pengurusan dan kakitangan MPC semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para jemputan yang hadir menikmati juadah yang disediakan pada majlis di Tarindak D’Seni, di ibu negara. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...