Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah memandu bagi wanita Arab akan dibuka

    RIYADH, 1 Okt – Sebuah universiti di Arab Saudi mengatakan ia akan membuka sekolah memandu untuk wanita, yang pertama untuk negara ultra-konservatif selepas pengharaman wanita memandu ditarik semula.

    “Universiti Princess Nourah sedang bersedia untuk menubuhkan sebuah sekolah memandu dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan,” kata universiti wanita itu pada hari Sabtu.

    “Ini adalah pengumuman yang pertama selepas perintah minggu ini oleh Raja Salman untuk membenarkan wanita memandu,” katanya.

    Arab Saudi pada hari Selasa berkata ia akan membolehkan permit memandu bagi wanita di bawah perintah diraja yang berkuatkuasa pada bulan Jun, mencetuskan keghairahan dan ketidakpercayaan di kalangan aktivis yang lama melawan larangan tersebut.

    Kerajaan Teluk adalah satu-satunya negara di dunia yang mengharamkan wanita dari memandu dan ia dilihat di seluruh dunia sebagai simbol penindasan di kerajaan Teluk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda