SELEPAS setahun menyulam cinta, penyanyi Selena Gomez dan teman lelakinya yang juga penerbit album Benny Blanco sudah mengikat tali pertunangan.
Khabar gembira itu dikongsi sendiri Selena, 32, menerusi Instagram miliknya pada Khamis sambil menayang cincin bertatah berlian yang dipakai di jari manisnya.
“Selamanya. Bermula dari sekarang,” katanya pada bahagian kapsyen foto tersebut.
Dalam pada itu, Selena turut berkongsi saat Benny melamarnya dan memperlihatkan wajah bahagianya saat melihat cincin di jarinya.
Benny, 36, turut meninggalkan komen pada foto tersebut memberitahu Selena adalah isterinya.
“Eh tunggu dulu, itu isteri saya,” tulisnya.
Untuk rekod, Selena dan Benny mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember tahun lalu. – Agensi