Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Semai semangat kenegaraan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi program Taklimat Kenegaraan bagi Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Pusat Tingkatan Enam di Dewan Serbaguna, IBTE Kampus Mekanikal, Tungku, hari ini.

    Seramai 131 penuntut hadir mendengarkan taklimat bertajuk ‘Peranan dan Tanggungjawab sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam’ yang disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

    Taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

    Turut hadir ialah Pengurus Akademik IBTE, Yong Ing Ming, dan tenaga pengajar kampus.

    Program tersebut bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping mendukung Matlamat Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.

    Yong Ing Ming dan Hajah Noorhijrah ketika bergambar ramai selepas Taklimat Kenegaraan di Dewan Serbaguna, IBTE Kampus Mekanikal, Tungku, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    Hajah Noorhijrah binti Haji Idris ketika memberikan taklimat di Dewan Serbaguna, IBTE Kampus Mekanikal, Tungku, kelmarin.
    Antara penuntut yang menghadiri taklimat kenegaraan tersebut.

    Hajah Noorhijrah semasa menyampaikan cenderamata kepada Yong Ing Ming.
    Antara penuntut yang menghadiri taklimat kenegaraan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI - Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),...