Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua cawangan TAP tutup 30 Jun

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter pembayaran caruman di semua cawangan TAP akan ditutup pada 30 Jun ini bagi urusan penutupan setengah tahun pihak bank.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan TAP hari ini, mengatakan kaunter perkhidmatan, kaunter pertanyaan, kiosk e-Info TAP, perkhidmatan online e-Amanah dan Pusat Panggilan TAP bagaimanapun akan beroperasi seperti biasa.

    Perkhidmatan kaunter pembayaran di kesemua cawangan TAP akan mula beroperasi seperti biasa pada 2 Julai.

    Dalam hal ini, TAP mengingatkan caruman bagi bulan Jun bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP) hendaklah dibuat sebelum 30 Jun. Sebarang kesukaran amat disesali dan TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan. Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 pada waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda