Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Senegal rampas lebih satu tan kokain

    DAKAR, 16 APRIL – Kastam Senegal berkata kelmarin mereka telah memintas lebih daripada satu tan kokain di kawasan tenggara, menyifatkannya sebagai tangkapan kokain terbesar pernah berlaku di laluan darat di negara Afrika Barat itu.

    Ketua Pengarah Kastam berkata 1137.6 kilogram (kg) kokain telah dirampas Ahad lalu di bandar Kidira, dengan nilai penghantaran berjumlah lebih 90 bilion CFA franc (AS$146 juta).

    Kokain itu disembunyikan dalam bungkusan dan ‘diletakkan dalam beg-beg yang disembunyikan dengan teliti di bahagian bawah dua lori peti sejuk yang datang dari negara bersempadan dengan Senegal,’ tambahnya, tanpa menamakan negara itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...