Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni kreatif daripada makanan

    Gambar dari IG Corrine

    WASHINGTON – Corinne (yang juga dikenali sebagai ghoul_mom di media sosial) adalah seorang artis makanan yang berbakat dan kreatif dari Washington DC.

    Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, dia mendapati dirinya terinspirasi untuk mencipta seni makanan yang unik dan menyeronokkan pada awal pandemik.

    Hasil ciptaannya yang kreatif dan unik telah menjadikannya satu cara untuk memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada kanak-kanak, menggalakkan mereka untuk mencuba makanan baharu, dan menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan.

    Dengan mengolah buah-buahan dan sayur-sayuran biasa serta makanan lain menjadi watak yang luar biasa, Corinne dengan bijak menggunakan pengalaman seninya untuk menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa.

    Daripada buah asing hingga sajian bertemakan Halloween dengan mata yang tersembul, ciptaan kulinarinya telah menerima reaksi positif di media sosial, mendorong orang lain untuk meninjau kreativiti mereka dan menceriakan hari-hari mereka.

    Antara hasil karya seni makanan yang dicipta oleh Corinne bertemakan Haloween.
    Hasil seni kreatif diperbuat daripada makanan ini mampu menimbulkan minat dan kegembiraan terutama sekali golongan kanak-kanak.
    Hidangan penkek yang menceriakan suasana Halloween.
    ATAS & BAWAH: Buah-buahan juga menjadi pilihan Corinne untuk diolahkan menjadi seni makanan yang kreatif.

    Minuman root beer bertemakan zombie.

    Dengan pendekatan seninya yang santai, Corinne mengingatkan kita bahawa berseronok dan menikmati kehidupan bukan sesuatu yang sia-sia. Dalam temu bual bersama Bored Panda, Corinne, seorang artis di kawasan metro DC dan seorang ibu kepada dua orang anak, amat terkenal dengan karya seni makanan yang unik dan menyeronokkan.

    Dia berkongsi wawasan tentang perjalanan seninya, inspirasi dan cita-citanya.

    Corinne yang mula mencipta seni makanan semasa awal pandemik, menjelaskan bahawa ia bermula “Pada awal pandemik sebagai satu cara untuk membuat sesuatu yang lebih unik dan menyeronokkan untuk anak-anak saya.”

    Dia menerima inspirasi untuk membuat anak-anaknya ketawa dan mendorong mereka untuk mencuba makanan baharu melalui ciptaan yang artistik, dan berkata, “Saya mempunyai inspirasi untuk membuat seni makanan kerana ia membuat anak-anak saya ketawa dan mencuba makanan yang tidak menarik minat atau disukai mereka.”

    Untuk memasukkan projek seninya ke dalam rutin anak-anaknya, Corinne biasanya meluangkan waktu tidur siang mereka untuk mereka bentuk dan mengambil gambar makanan. Apabila anak-anaknya meningkat dewasa, dia suka melibatkan mereka dalam projeknya dan menggalakkan mereka mempamerkan kreativiti mereka.

    Dia merasa amat teruja mengetahui seninya membuat orang tersenyum dan menceriakan hari mereka, dengan mengatakan, “Sesungguhnya saya berasa amat gembira mengetahui seni saya membuat orang tersenyum.”

    Apabila mendengar dia telah memberikan inspirasi kepada orang lain, terutamanya kanak-kanak, untuk menciptakan seni makanan mereka sendiri benar-benar menyenangkan hatinya.

    Buah-buahan seperti buah naga, tembikai dan kiwi adalah beberapa buah kegemarannya untuk diolah menjadi seni, memandangkan buah tersebut sudah memiliki penampilan seperti makhluk asing. Corinne juga berasa seronok menghasilkan seni makanan bertemakan Halloween, berkata, “Hasil ciptaan kesukaan saya selalunya buah-buahan. Buah seperti buah naga, tembikai dan kiwi semuanya sudah pun kelihatan seperti makhluk asing sehingga ia boleh dibentuk dan nampak cantik dalam gambar. Tentu saja, seni makanan bertemakan Halloween juga amat menyeronokkan.”

    Mengenai cita-citanya, Corinne berhasrat mengumpulkan hasil karya seni makanannya secara bersepadu untuk menghasilkan sebuah buku kanak-kanak, berkata, “Terima kasih! Impian saya adalah mengumpulkan karya seni makanan yang cukup untuk menghasilkan sebuah buku kanak-kanak.”

    Di sebalik ciptaan artistiknya, Corinne juga suka berjalan-jalan di rumah berhantu, minum root beer float, dan berminat dalam hal-hal yang berhubungan dengan zombie. Dia menggalakkan orang supaya berseronok dengan seni mereka dan mengingatkan bahawa melakukan sesuatu untuk keseronokan tidak pernah dianggap sia-sia.

    Dalam katanya sendiri, “Hidup itu singkat, bubuh mata di roti sandwichmu! Ia nampak lucu dan mengelikan hati.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda