Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shell rancang kurangkan ratusan pekerja

    LONDON, 1 SEPT – Syarikat gergasi tenaga Britain, Shell merancang untuk mengurangkan ratusan pekerjaan daripada bahagian cari gali minyak dan gasnya sebagai sebahagian daripada program penjimatan kos yang diumumkan tahun lepas, kata jurucakap Shell.

    Pengurangan itu akan menjejaskan dua unit pengkhususan dalam penerokaan dan pembangunan projek pengekstrakan hidrokarbon, di mana tenaga kerja mereka akan dikurangkan sebanyak 20 peratus, kata sumber itu kepada AFP.

    Pejabat di Amerika Syarikat dan Belanda adalah antara yang paling terjejas, tetapi butiran pelan itu masih tertakluk kepada perbincangan dengan kesatuan sekerja.

    Shell mengumumkan pada Jun 2023 ia berhasrat untuk melaksanakan pengurangan kos operasi struktur sebanyak AS$2 bilion hingga AS$3 bilion menjelang akhir 2025.

    “Mencapai pengurangan tersebut memerlukan kecekapan baharu dan organisasi keseluruhan yang lebih kukuh,” kata jurucakap Shell kepada AFP, tanpa mengesahkan pemberhentian kerja.

    Shell awal bulan ini berkata keuntungan bersih syarikat susut lapan peratus pada separuh pertama disebabkan harga gas yang lebih rendah dan hapus kira.

    Walaupun margin merosot, keputusan dibantu oleh kos operasi yang lebih rendah dan jumlah pengeluaran hidrokarbon yang lebih tinggi.

    Shell, seperti BP, telah mengurangkan beberapa sasaran iklim dalam beberapa bulan kebelakangan ini sehingga mengecewakan pekempen alam sekitar, memberikan lebih penekanan pada minyak dan gas untuk meningkatkan keuntungannya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda