Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shuib beri lebih nafkah bulanan

    Isteri pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan menerima nafkah lebih tinggi berbanding kebiasaan daripada suaminya.

    Walaupun tidak pernah mengadu perihal nafkah bulanan, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Haniah, 36, berkata, dia merasakan Shuib mungkin mengambil iktibar daripada isu penceraian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.

    “Alhamdulillah sejak kes Fattah dan Fazura (Fattzura), suami naikkan duit nafkah.

    “Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” katanya.

    Watie berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya, kelmarin.

    Shuib beri wang nafkah bulanan lebih daripada kebiasaan kepada Watie. – mStar

    Malah Watie menunjukkan tangkap layar Shuib memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya.

    Meskipun tidak mendedahkan jumlah yang diterima, namun Watie memaklumkan bahawa jumlah berkenaan adalah tinggi berbanding sebelum ini, menurut mStar.

    Sementara itu, Watie sempat memberi pesanan buat pasangan suami isteri di luar sana agar bertolak ansur dalam kehidupan rumah tangga.

    “Sebenarnya suami isteri jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami anatara satu sama lain.

    “Sebab kehidupan rumah tangga ni untuk kita lalui bersama, nikmati bersama, suka duka bersama, susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” jelasnya.

    Sebelum ini, kisah penceraian Fattah dan Fazura sah pada 7 Oktober lalu menjadi
    bualan hangat dalam kalangan warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda