Wednesday, September 25, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sidang kemuncak perniagaan ASEAN 2024 di Vientiane dari 8 hingga 11 Okt

    VIENTIANE, 24 SEPT – Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2024 akan berlangsung di Vientiane dari 8 hingga 11 Oktober dengan tumpuan terarah kepada enam sektor utama, lapor agensi berita Laos, KPL.

    Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Nasional Laos (LNCCI) merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN 2024, Oudet Souvannavong me-ngumumkan bahawa sidang kemuncak

    itu akan memberi keutamaan kepada pendigitalan, pembangunan mampan, pemulihan ekonomi, kesihatan, keselamatan makanan, kemudahan perdagangan dan rantaian bekalan.

    Acara itu juga akan menampilkan empat mesyuarat perniagaan utama, termasuk Karnival Majlis Usahawan Muda ASEAN kesembilan, Persidangan Usahawan Wanita ASEAN, Forum Pelaburan ASEAN dan Simposium Logistik Antarabangsa. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda