Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura: Kuasa asing tidak patut eksploitasi perpecahan di Syria

    SINGAPURA, 12 DIS – Kuasa asing tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap perpecahan dalam masyarakat Syria demi mencapai matlamat strategik mereka sendiri, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura. 

    “Situasi kompleks di Syria hanya dapat diselesaikan secara muktamad melalui proses politik inklusif yang dipimpin oleh rakyat Syria sendiri seperti yang disahkan dalam Resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan semalam. 

    Jurucakap itu menekankan bahawa sebarang penyelesaian politik yang bermakna mesti menghormati kedaulatan, integriti wilayah dan kemerdekaan Syria. 

    Resolusi yang diterima sebulat suara oleh Majlis Keselamatan PBB pada 18 Disember 2015 itu antara lain menyeru rakyat Syria untuk menentukan masa depan negara dan menyokong pilihan raya yang bebas dan adil. 

    MFA turut menggesa semua pihak memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Syria yang telah lama menderita akibat konflik berkenaan. 

    Sejak perang saudara tercetus pada 2011, lebih 300,000 rakyat Syria terkorban manakala lebih 13 juta menjadi pelarian, dengan ramai mencari perlindungan di negara lain. – Bernama

    Orang ramai ketika mengusung jenazah salah seorang aktivis Syria untuk dikebumikan di Damsyik, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda