Saturday, October 26, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spurs kekal cemerlang di Liga Europa

    PARIS, 25 OKT – Tottenham Hotspur meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Europa dengan meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan AZ 1-0 di laman sendiri kelmarin.

    Sementara itu, Manchester United masih belum mencatat kemenangan selepas diikat 1-1 oleh Fenerbahce kendalian Jose Mourinho, yang terpaksa beraksi dengan kekurangan seorang pemain selepas menerima kad merah.

    Spurs adalah salah satu daripada tiga pasukan yang mencatat kemenangan dalam ketiga-tiga perlawanan, bersama Lazio dan Anderlecht yang masing-ma-sing meraih kemenangan 2-0 ke atas Twente dan Ludogorets.

    “Kemenangan berjaya dicapai,” kata kapten Spurs, James Maddison, kepada TNT Sports.

    “Tiga perlawanan, tiga kemenangan, sembilan mata yang meletakkan kami dalam kedudukan sangat baik,” tambahnya.

    Richarlison ketika meraikan gol pembukaan pada perlawanan Liga Europa di Stadium Tottenham Hotspur di London, baru-baru ini. – AP

    Pasukan London itu melakukan beberapa perubahan dalam barisan pemain berbanding perlawanan menentang West Ham yang berkesudahan 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu.

    Salah seorang pemain baharu, Mikey Moore yang berusia 17 tahun, hampir mencipta gol awal, namun tandukannya tersasar.

    Kemasukan Brennan Johnson pada separuh masa kedua meningkatkan rentak permainan Spurs, yang kemudian memperoleh sepakan penalti pada minit ke-53 selepas Lucas Bergvall dijatuhkan ketika cuba melakukan percubaan.

    Maddison menyerahkan peluang itu kepada penyerang Brazil, Richarlison, yang menyempurnakan sepakan dengan menghantar bola tepat ke tengah gawang, meletakkan Spurs di hadapan.

    AZ terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Moller Wolfe dilayangkan kad merah akibat terjahan keras ke atas Johnson, ketika Spurs mempertahankan kedudukan untuk memastikan kemenangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda