Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami Lana Nodin tunjuk banyak perubahan

    Selepas 10 tahun memeluk Islam, pelakon Lana Nodin melihat banyak perubahan terhadap suaminya iaitu Mohd Daud McKienzie dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

    Lana atau Mazlina Hasan Nodin, 46, berkata, suaminya kini sudah boleh mendidik anak-anak mereka dengan ilmu agama khususnya dalam menjaga solat.

    Kata Lana, Daud juga banyak bertanya tentang ilmu agama dan semakin mudah untuk mendirikan solat lima waktu.

    “Dia banyak bertanya, dia bukanlah liberal. Maksudnya kalau dia nak terangkan tentang sesuatu perkara dia akan memahami terlebih dahulu terutama jika disoal oleh anak-anak.

    “Sekarang dia dah tahu bagaimana nak mendidik anak-anak tentang perkara asas dalam Islam kerana anak-anak juga sering bertanya. Dia pun sudah solat lima waktu dan anak-anak pun sering bertanya kalau tak solat.

    “Kalau dulu saya yang akan jawab tapi sekarang saya nak dia jawab sendiri. Alhamdulillah, nampak perubahan daripada susah nak solat, sekarang senang nak solat. Dia jenisnya sangat menepati masa kalau solat Jumaat,” katanya kepada mStar.

    Lana berkongsi perkara itu ketika ditemui di pelancaran produk Noir X RO yang diadakan di Ampang Glasshouse, Ampang pada malam Sabtu. – Agensi

    Lana berkongsi cerita tentang perubahan yang dilalui oleh Daud. – Oh My Media
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda