Wednesday, September 18, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami pelakon dipanggil untuk siasatan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan tindakan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan saman.

    Ia selepas tular foto kereta mewah jenama McLaren yang dipercayai milik suami kepada seorang pelakon tidak menggunakan nombor plat sebenar pada kenderaannya itu. Menurut Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang nombor plat kereta berwarna hijau itu tidak sepadan dengan data pada sistem MySikap JPJ.

    Pihaknya akan mengarahkan notis panggilan temu siasat dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan.

    “Semakan pada sistem MySikap mendapati nombor pendaftaran dan jenis kenderaan berbeza. Oleh itu, JPJ akan mengambil tindakan mengeluarkan notis panggilan temu siasat untuk proses siasatan lanjut,” katanya.

    Pada Ahad, media tempatan melaporkan JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar.

    Menurut JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan berkenaan merupakan pihak yang berbeza. Laporan tersebut mengaitkan nama suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.

    Opai bagaimanapun memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan.

    Sementara itu, menerusi temu bual mStar bersama usahawan bernama Hafiz Wasa mengesahkan kenderaan itu merupakan miliknya.

    Bagaimanapun Hafiz memberitahu kenderaan mewah itu sudah dibeli oleh Opai namun mereka masih belum berkesempatan melakukan proses penukaran nama disebabkan kekangan masa. – Agensi

    JPJ panggil pemilik kenderaan mewah milik suami pelakon. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda