Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Syarikat kena kompaun $1,000

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Sebuah syarikat pembangunan dikenakan kompaun $1,000 dalam operasi pemantauan harian Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait di beberapa kawasan di bawah kawalan jabatan tersebut, baru-baru ini.

    Menurut jabatan berkenaan, syarikat tersebut didapati bersalah atas kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1) (d) iaitu menggugur, menumpah atau menghamburkan sebarang habuk, pasir, tanah liat, tanah gambur, batu kerikil, rumput, jerambi, tatal, habuk kayu, abu, kotoran kebun, kotoran bangsal, kotoran perniagaan, baja, sampah atau apa jua barang dan bahan lain di sebarang tempat awam, sama ada dari sesebuah kenderaan yang bergerak atau tidak atau dalam apa jua cara lain.

    Syarikat terbabit diberikan tempoh satu minggu untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan dan jika gagal menjelaskan pembayaran boleh didakwa di mahkamah.

    Sehubungan itu, unit berkenaan mengingatkan, bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pembuangan sampah di tempat awam, individu yang melakukan kesalahan di bawah bab itu dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama.

    Manakala itu, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sementara itu, badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab itu boleh dikenakan denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Operasi pemantauan harian berkenaan antara lain bertujuan bagi memastikan kebersihan persekitaran agar lebih terjaga dan mana-mana individu atau syarikat yang melakukan pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang telah disediakan.

    Unit berkenaan turut mengingatkan individu dan badan-badan korporat supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini bagi sama-sama menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar dengan membuang bahan-bahan buangan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Negara Brunei Darussalam.

    Sebarang aduan bolehlah menghubungi talian 3334335 sambungan 1404 atau 1153 (Unit Penguatkuasaan).

    Antara bahan pembinaan yang dibuang di tempat awam. – Gambar serahan Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...