Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Tabuan sedia untuk menyengat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Pasukan bola sepak kebangsaan sudah bersedia untuk memberikan tentangan kepada Thailand dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, Piala Mitsubishi Electric 2022 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Stadium KLFA, Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 Disember.

    Tabuan berada dalam keadaan yang ceria walaupun bakal berdepan penyandang juara.
    Kapten pasukan kebangsaan, Hendra Azam Idris membangkitkan semangat positif dalam kalangan pemainnya sebelum bertemu pihak lawan.

    “Saya percaya tiada apa yang mustahil dalam bola sepak dan kami berazam untuk memberikan saingan kepada mereka. Semua pemain berasa teruja dan percaya kami mampu merampas mata daripada pasukan lain dalam kejohanan ini.”

    Beliau mengingatkan semua orang bahawa kempen mereka adalah untuk mengharumkan nama negara melalui sukan bola sepak, bukannya untuk bercuti, tetapi untuk membuktikan bahawa warga Brunei juga mampu bermain bola sepak dengan baik.

    “Sesi latihan berjalan lancar, semua pemain berlatih dengan sikap yang baik dan bersedia sehabis mungkin untuk berdepan penyandang juara,” kata Ketua Jurulatih Negara, Mario Rivera Campesino.

    “Emosi semua pemain sangat bagus, mood pasukan sungguh menakjubkan dan mereka sangat teruja untuk beraksi dalam AFF. Mentaliti seperti ini adalah bagus dan mereka mahu membuktikan kepada semua orang yang mereka mampu memberikan saingan,” tambahnya.

    Walaupun mereka mengaku bahawa mereka kekurangan dari segi fizikal berbanding pasukan lain, Mario merasakan pasukannya mampu untuk kekal kompetitif.

    Beliau juga menyeru warga Brunei untuk datang dan menyokong pasukan kebangsaan – yang akan membuat penampilan pertama dalam kejohanan sejak 26 tahun lalu.

    Pasukan bola sepak kebangsaan menjalankan persiapan terakhir mereka di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) minggu lalu.

    Pasukan bola sepak kebangsaan sedang menjalani persiapan terakhir di PULAPOL. – Gambar serahan FABD
    Pasukan bola sepak kebangsaan sedang menjalani persiapan terakhir di PULAPOL. – Gambar serahan FABD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...