Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabur wang dari pesawat

    JAKARTA, 2 Jun 2008 – Seorang ahli perniagaan Indonesia telah menabur wang tunai 100 juta rupiah dari sebuah pesawat di ibu negara Indonesia hari ini sebagai publisiti bagi mempromosi buku baharunya.

    “Saya mahu mencipta hujan wang di Jakarta. Ia agak gila, tetapi ia adalah satu taktik pemasaran,” kata penulis dan penceramah motivasi, Tung Desem Waringin.

    Jurucakap polis, Kolonel Ketut Untung berkata, pihak berkuasa mungkin tidak membenarkan rancangan itu diteruskan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara.

    Berpuluh-puluh juta rakyat Indonesia hidup dengan pendapatan kurang AS$1 sehari dan bantuan makanan serta derma biasanya menarik perhatian ramai orang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda