Wednesday, June 26, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Tambah ilmu tentang adat istiadat melalui lawatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Seramai 80 orang yang terdiri daripada 60 orang ahli Perkumpulan Pengangun Brunei dan 20 juruhias pengantin lelaki, kelmarin, telah mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN).

    Rombongan yang diketuai oleh Pengasas Kumpulan Pengangun Brunei, Hajah Ajijah binti Haji Momin dialu-alukan oleh Awang Mohd Zaizul bin Haji Daud serta pegawai dan kakitangan JAIN.

    Semasa lawatan di Dewan Santap Lapau, bengkel menambat Dastar dan Manpih Sinjang turut diadakan yang antara lain bertujuan untuk menambah ilmu dalam mengurus pengantin terutama untuk juruhias pengantin lelaki bagi memperbaiki mutu hiasan daripada segi tambatan dastar dan tapihan sinjang.

    Bengkel berkenaan dikendalikan oleh Pateh Haji Roslan bin Haji Asmat dan Pengarah Awang Nur’Atiffin bin Haji Tunjang.

    Hajah Ajijah bergambar ramai bersama juruhias lelaki dan pegawai serta kakitangan jabatan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN HAJAH AJIJAH BINTI HAJI MOMIN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin Korea Utara lawat Rusia ‘apabila semua syarat dipenuhi’

    TEHRAN, 25 JUN - Lawatan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila ‘semua syarat yang diperlukan dipenuhi’ dan asas untuk menandatangani...