NEW ORLEANS, 23 MAC – Empat remaja berdepan pertuduhan pembunuhan berhubung kes rompakan kereta yang menyebabkan seorang wanita berusia 73 tahun maut di jalan New Orleans, lengannya terputus selepas dia diseret satu blok dengan keretanya sendiri manakala jiran memandang tidak berdaya, kata pegawai kelmarin.
Ketua polis, Shaun Ferguson berkata maklumat membawa kepada penahanan remaja itu – seorang lelaki berusia 17 tahun, seorang gadis berusia 16 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun – dalam beberapa jam selepas kejadian pencurian kereta petang Isnin lalu. Dua orang telah diserahkan oleh ibu bapa mereka. Kesemuanya berdepan tuduhan pembunuhan tahap kedua dan Ferguson berkata dia akan mengesyorkan agar mereka didakwa sebagai orang dewasa.
“Itu perbualan yang akan dilakukan oleh pasukan saya dengan pejabat peguam daerah,” kata Ferguson pada sidang akhbar kelmarin. “Saya akan katakan secara mutlak, saya menggalakkan, saya akan meminta, supaya mereka didakwa sebagai orang dewasa.” – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/03/P13-4C_24032022-1.jpg)