Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan otis ragut 27 nyawa

    BANDARAYA MEXICO, 27 OKT – Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala empat lagi hilang selepas Taufan Otis melanda Guerrero, Mexico pagi Rabu, lapor Xinhua.

    Taufan itu yang menyebabkan kemusnahan teruk terutama di kawasan peranginan Acapulco, yang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara, kata setiausaha keselamatan dan perlindungan rakyat Mexico, Rosa Icela Rodriguez.

    Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menyatakan kesedihan atas kehilangan nyawa dan pentadbirannya melancarkan operasi pengangkutan bantuan udara ke kawasan terjejas dengan sokongan tentera.

    Sementara itu, kakitangan Suruhanjaya Elektrik Persekutuan bertungkus-lumus cuba memulihkan bekalan elektrik dan telekomunikasi di rantau itu. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda