Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Berrettini tundukkan Molcan, Alcaraz terpaksa berundur

    ACAPULCO, MEXICO, 1 MAC — Matteo Berrettini memenangi perlawanan ketujuh kelmarin sebelum Alex Molcan menarik diri akibat kecederaan pergelangan pada pusingan kedua di Terbuka Mexico.

    Pemain Itali berusia 26 tahun itu, bermain perlawanan pertamanya sejak dia tewas kepada Andy Murray pada pusingan pertama Terbuka Australia pada 17 Januari, memenangi set pertama 6-0 dan ketinggalan 1-0 pada set kedua apabila Molcan memutuskan dia tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut.

    Pemain pilihan utama, Carlos Alcaraz dan pilihan kelima, Cameron Norrie menarik diri daripada kejohanan itu semalam.

    “Malangnya, saya tidak akan dapat bermain di Acapulco. Saya mengalami kecedaraan hamstring yang menghalang saya daripada bermain selama beberapa hari, menurut ujian yang kami lakukan pagi tadi,” kata Alcaraz.

    “Saya benar-benar sedih kerana tidak dapat bertanding di sini, tetapi kini tiba masanya untuk berfikir tentang pulih dan bersedia secepat mungkin,” ujarnya.

    Alcaraz, juara Terbuka AS, merangkul gelaran ATP ketujuh dalam kariernya awal bulan ini di Buenos Aires, Argentina, dan mara ke final minggu lalu di Rio De Janeiro, di mana dia tewas kepada Norrie. – AP

    Aksi Matteo Berrettini dari Itali semasa perlawanan menentang Alex Molcan dari Slovakia dalam kejohanan tenis Terbuka Mexico di Acapulco, Mexico, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...