Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Israel rampas lebih banyak tanah Palestin di Tebing Barat

    RAMALLAH, 17 JULAI – Tentera Israel merampas lebih banyak tanah Palestin di barat Ramallah, di bahagian tengah Tebing Barat berhampiran penempatan haram sedia ada, lapor agensi Anadolu, kelmarin.

    Tentera Israel merampas 441,000 meter persegi tanah daripada rakyat Palestin di kampung Shabtin, Deir Ammar dan Deir Qaddis di barat Ramallah, menurut Wall and Settlement Resistance Commission dalam satu kenyataan.

    Tindakan tentera Israel itu bertujuan merampas semua kawasan di sekitar penempatan Israel Nili dan Naale yang dibina di atas wilayah Palestin, menurut kenyataan itu.

    Pada Jun, rakaman audio Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich untuk mengukuhkan kawalan Israel dan mencegah Tebing Barat daripada menjadi sebahagian daripada negara Palestin bocor.

    Walaupun menerima kritikan antarabangsa terhadap pembinaan penempatan haram di atas tanah Palestin, kerajaan Israel telah mengambil beberapa langkah sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk mempercepatkan aktiviti penempatan haram di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

    Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram. – Bernama

    Gambar yang diambil dari perkampungan Aqraba, Palestin menunjukkan penempatan Israel, Gevat Arnon, dekat Bandar Nablus di selatan Tebing Barat yang diduduki pada 14 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda