Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Thunder rangkul pilihan utama di Western Conference

    LOS ANGELES, 15 APRIL – Oklahoma City Thunder meraih pasukan pilihan utama Western Conference mengatasi juara bertahan, Denver Nuggets ketika musim biasa NBA berakhir, kelmarin.

    Thunder, yang dibarisi pemain muda, menewaskan Dallas Mavericks, yang merehatkan Luka Doncic dan Kyrie Irving, dengan keputusan 135-86 untuk disenaraikan dalam tiga pasukan yang akan beraksi di hari terakhir di Western Conference.

    Ia menandakan kali pertama tiga pasukan memasuki perlawanan terakhir mereka dengan rekod yang sama, semuanya dengan peluang merebut pilihan nombor satu dalam Western Conference.

    Terima kasih kepada kelebihan Thunder dalam rekod pertembungan kedua-dua pasukan, kemenangan 126-111 Nuggets ke atas Grizzlies di Memphis tidak mencukupi dan Minnesota Timberwolves, yang juga mempunyai peluang, tumbang 125-106 kepada Phoenix Suns.

    The Suns merampas tempat playoff automatik keenam dan terakhir dan akan menentang Timberwolves nombor tiga sekali lagi pada pusingan pertama.

    Di New Orleans, bintang besar LeBron James menjaringkan 28 mata dengan 11 lantunan dan 17 bantuan dalam kerjayanya yang ke-112 triple-double untuk melonjakkan Los Angeles Lakers kepada kemenangan 124-108 ke atas Pelicans dan tempat kelapan di Barat.

    Kekalahan itu menyebabkan Pelicans terkeluar daripada tempat keenam dan mereka akan menjadi tuan rumah kepada Lakers dalam kejohanan play-in pada Selasa, dengan pemenang mara ke playoff sebagai pilihan ketujuh.

    James menambah lima steal dan Anthony Davis memperoleh 30 mata dan 11 rebound terhadap bekas pasukannya. Davis membuatkan penyokong Lakers cemas apabila dia terkial-kial dalam kesakitan pada lewat suku keempat.

    Davis berkata punggungnya ‘sakit’ selepas dia menolak, tetapi berjanji ‘akan memberi jaminan’ dia akan bermain pada Selasa. – AFP

    Markieff Morris dari Dallas Mavericks melakukan lontaran semasa separuh masa kedua menentang Oklahoma City Thunder. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ tolak keahlian pakatan teknologi pertahanan AUKUS

    WELLINGTON, 1 MEI - Menteri Luar New Zealand hari ini menolak penyertaan pakatan teknologi pertahanan penting dengan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS),...