Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Isu penyebaran ‘surat layang’ baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila kini timbul gesaan supaya presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan jawatan selepas enam tahun menerajui badan induk itu.

    Gesaan tersebut hadir bersama dakwaan prestasi Hamidin sebagai presiden tidak begitu memuaskan, selain turut mengaitkan perihal semasa landskap bola sepak negara dan kedudukan ranking Harimau Malaya dengan cara kepimpinan figura berusia 58 tahun itu.

    Namun, persoalannya adakah benar Hamidin gagal memacu FAM ke tahap lebih baik sejak menjadi presiden pada 2018 dan bolehkah segala permasalahan yang berlaku di peringkat domestik dan soal kedudukan ranking pasukan negara diletakkan di bahu beliau 100 peratus?.

    Berdasarkan rekod, terdapat perubahan signifikan yang digerakkan Hamidin antaranya melancarkan Peta Hala Tuju FAM F:30, yang merupakan perancangan jangka panjang bagi tempoh 12 tahun dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

    Pada masa sama, sepanjang enam tahun mentadbir FAM, ranking dunia Harimau Malaya meningkat dari tangga ke-171 ke posisi ke-130 pada tahun lalu, sekali gus menjadi kedudukan terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak menghuni tempat ke-127 pada Mei 2006.

    Kedudukan ranking dunia terkini Malaysia ialah di posisi ke-138, selepas tewas dua kali kepada Oman pada peringkat kumpulan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...