Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Seorang maut, 10 cedera dalam kejadian tembakan

    CHICAGO, 15 APRIL – Kira-kira 11 orang yang berdiri di luar perhimpunan keluarga malam Sabtu lalu ditembak termasuk seorang budak perempuan yang terbunuh dalam kejadian keganasan kumpulan di South Side di bandar itu.

    Empat mangsa adalah kanak-kanak, kata polis, kelmarin. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun maut ditembak, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun masing-masing ditembak beberapa kali dan berada dalam keadaan kritikal.

    Manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun juga cedera dengan luka di jarinya dan dimasukkan ke hospital.

    Menurut kenytaaan kelmarin, jabatan itu mengemas kini jumlah mangsa tembak kepada 11 daripada lapan dan memberikan umur baharu kepada mangsa berbanding sidang akhbar Sabtu lalu. Tiada penanahan yang telah dilakukan polis kelmarin

    Timbalan Ketua Jabatan, Don Jerome, memberitahu pemberita Sabtu lalu kejadian tembakan itu telah dilepaskan ke arah orang ramai yang berdiri di luar perhimpunan keluarga sekitar jam sembilan malam. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...