Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lagi kes mpox dikesan

    MANILA, 1 SEPT – Filipina telah mengesan tiga lagi kes cacar monyet (mpox), menjadikan jumlah keseluruhan kes mpox aktif di negara itu kepada lapan, kata Jabatan Kesihatan (DOH) hari ini.

    Setiausaha Kesihatan Filipina, Teodoro Herbosa, berkata tiga kes baharu itu melibatkan lelaki berusia 29 tahun dan 34 tahun dari Metro Manila dan seorang lelaki berusia 29 tahun dari wilayah selatan Manila.

    Seperti lima pesakit mpox yang dilaporkan DOH sebelum ini, Herbosa berkata pesakit baharu ini juga mempunyai varian MPXV clade II yang kurang berbahaya.

    Dengan pengesanan baharu kes mpox ini, jurucakap DOH iaitu Penolong Setiausaha Albert Domingo berkata Filipina kini telah mencatatkan 17 kes sejak Julai 2022.

    “Sembilan kes telah lama pulih sejak 2023. Baki lapan kes aktif merupakan mereka yang menunggu simptom untuk pulih,” tambah Domingo.

    Domingo berkata, DOH akan terus mengesan orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit aktif. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda