Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lagi positif COVID meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Tiga lagi disahkan positif COVID telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu, dengan seorang daripadanya dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID dan kes ini tidak pernah menerima vaksin COVID-19.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengumumkannya semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    “Sementara itu, dua kes lagi tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19,” jelas Yang Berhormat Dato.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Allahyarham.

    “Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salehin. Al-Fatihah.”

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa bacaan Surah Al-Fatihah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda