Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pegawai polis dinaikkan pangkat

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, tiga orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat yang berkuat kuasa pada 1 April 2023.

    Majlis kenaikan pangkat telah diadakan Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Berkenan berangkat pada majlis itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bagi menyaksikan majlis kenaikan pangkat anakanda, Penolong Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Pengiran Datin. Juga hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin bersama Datin, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan ahli keluarga pegawai yang diraikan.

    Pegawai-pegawai berkenaan dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh imam Surau Polis Gadong.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris berkenan berangkat ke majlis kenaikan pangkat anakanda, Penolong Pesuruhjaya Polis, YAM Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bertempat di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). – Gambar serahan PPDB
    YAM Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah ketika menerima tanda pangkat daripada Pesuruhjaya Polis.
    Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan semasa menyempurnakan kenaikan pangkat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda