Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pengakap maut kena renjatan elektrik

    MANILA, 12 DIS – Tiga pengakap terbunuh manakala 12 yang lain cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika memindahkan sebuah kanopi di tapak perkhemahan di Zamboanga City, selatan Filipina, pagi tadi, menurut laporan polis.

    Ketua Polis Zamboanga City, Kolonel Kimberly Molitas berkata kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi waktu tempatan apabila hujung logam kanopi tersebut bersentuhan dengan kabel elektrik hidup.

    Mangsa yang terkorban adalah pengakap kanan yang masing-masing berusia 17, 18 dan 22 tahun.

    Menurut penganjur, para peserta diminta memindahkan kanopi sebelum acara pembukaan perkhemahan bagi menyediakan tempat berteduh bagi peserta lain.

    Tragedi itu memaksa penganjur membatalkan jambori pengakap selama empat hari yang dijadualkan berlangsung dengan penyertaan lebih 2,000 peserta. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda