Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Timba pengetahuan melalui bengkel masakan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 5 DIS – Dalam menyediakan platform bagi membantu golongan belia untuk terus berdaya kreatif dalam pelbagai bidang sehingga mampu menjurus ke arah keusahawanan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) di bawah Bahagian Belia, Cawangan Tutong menganjurkan Bengkel Masakan Belia yang berlangsung selama tiga bermula hari ini.

    Diadakan di Bahagian Belia, JBS, Daerah Tutong, bengkel yang disertai oleh lebih 30 orang peserta itu bertujuan untuk membuka minda golongan belia untuk menimba pengetahuan dan kemahiran dalam mempelbagaikan produk makanan bagi membina aktiviti perniagaan sendiri suatu hari nanti.

    Menerusi bengkel tersebut, para peserta akan diketengahkan dengan pelbagai jenis kuih-muih dan masakan terpilih seperti churro, kek roll, chicken chop dan sebagainya.

    Bengkel itu sejajar dengan usaha untuk membentuk belia yang cemerlang dalam pelbagai program dan latihan berasaskan matlamat Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2025.

    Ia juga sesuai dengan apa yang dihasratkan melalui visi dan misi JBS yang begitu komited dalam mewujudkan masyarakat yang cemerlang dalam program belia dan sukan.

    Antara peserta yang mengikuti Bengkel Masakan Belia anjuran JBS.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...