Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tinjauan dapati Harris dahului Trump 2%

    MOSCOW, 10 OKT – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon presiden Demokrat, Kamala Harris, mendahului pencabarnya daripada Parti Republikan, bekas presiden Donald Trump, dengan kelebihan dua peratus kurang sebulan sebelum Pilihan Raya Presiden, menurut tinjauan Redfield & Wilton Strategies, lapor Sputnik.

    “Setelah mengambil kira kemungkinan responden untuk mengundi, 48 peratus rakyat Amerika menyatakan mereka akan mengundi Kamala Harris, manakala 46 peratus akan mengundi Donald Trump,” menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Selasa.

    Empat peratus responden memberitahu penyelidik bahawa mereka masih belum pasti mengenai calon pilihan mereka.

    Apabila ditanya tentang calon yang lebih berkemungkinan memenangi pilihan raya November ini, 42 peratus memilih Harris, manakala 38 peratus menyatakan Trump lebih berpeluang untuk memenangi penggal kedua di Rumah Putih. Pada masa yang sama, 12 peratus percaya bahawa perlumbaan presiden akan menjadi ‘seimbang’, menurut tinjauan itu.

    Tinjauan itu dijalankan pada 6 Oktober lalu melibatkan 2,300 responden di Amerika Syarikat. Penyelidik tidak menyediakan margin ralat. – Bernama                         

    Kamala Harris semasa menaiki Air Force Two dari Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada 9 Oktober. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda