Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trak rempuh sekumpulan orang

    WASHINGTON, 26 Feb – Seorang pemandu yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk merempuh trak pikapnya ke arah sekumpulan orang pada perarakan Mardi Gras kelmarin di New Orleans, menyebabkan 28 orang cedera termasuk kanak-kanak, menurut pegawai.

    “Pada ketika ini ia kelihatan kes orang mabuk, yang melanggar beberapa jumlah kenderaan dan kemudian beralih melanggar sekumpulan orang tidak bersalah,” Ketua Polis New Orleans memberitahu para wartawan.

    Tujuh daripada yang cedera itu menolak untuk ke hospital, seorang pegawai pada sidang akhbar itu berkata.

    Umur mangsa-mangsa dalam kira-kira tiga hingga empat tahun yang berada dalam keadaan stabil, kepada kalangan umur 30an atau 40an, tambahnya.

    Menurut Harrison, pemandu kenderaan itu di bawah siasatan bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk “dan sudah tentu melanggar semua orang yang kini cedera.”

    Salah seorang mangsa yang dilanggar dikejarkan ke hospital berdekatan. – AP
    Salah seorang mangsa yang dilanggar dikejarkan ke hospital berdekatan. – AP

    Pemandu itu melanggar orang ramai itu beberapa minit sebelum jam 7 malam (0100 GMT Ahad) apabila para pemerhati menyaksikan perarakan Krewe of Endymion, yang merupakan sebahagian daripada perayaan terkenal di bandar Mardi Gras. “Krewes” New Orlean merupakan pertubuhan swasta yang menerajui perarakan dan sambutan ketika musim Karnival bandar itu.

    “Ia amat sukar untuk mempertahankan seseorang yang begitu mabuk melanggar orang ramai,” Datuk Bandar Mitch Landrieu memberitahu para wartawan, menambah bahawa penghadang jalan sudah pun ditempatkan di kawasan berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda