Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNICEF lancar tender kecemasan untuk perolehan vaksin mpox

    GENEVA, 1 SEPT – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) melancarkan tender kecemasan untuk perolehan mpox bagi membantu negara-negara paling terkesan dengan wabak berkenaan ketika ini.

    Usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pakatan Vaksin Global (GAVI) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika.

    Kenyataan itu juga menyebut bahawa “Bergantung pada permintaan, kapasiti pengeluaran pengeluar dan pembiayaan, perjanjian untuk sehingga 12 juta dos melalui tahun 2025 boleh dilaksanakan”.

    Bawah tender kecemasan itu, UNICEF merancang untuk mengatur perjanjian pembekalan bersyarat dengan pengeluar vaksin.

    “Langkah itu akan membolehkan UNICEF membeli dan menghantar terus vaksin berkenaan tanpa berlengah setelah negara bersama rakan kongsi terbabit mendapat pembiayaan, mengesahkan permintaan serta kesiapsiagaan dan serta memenuhi keperluan peraturan untuk menerima vaksin tersebut.”

    Menurut kenyataan itu lagi, WHO sedang meneliti maklumat dikemukakan oleh pengeluar vaksin pada 23 Ogos lalu dan dijangka menyelesaikan semakan terbabit untuk penyenaraian kegunaan kecemasan menjelang pertengahan bulan ini.

    Pada 14 Ogos lalu, WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global susulan lonjakan kes strain baharu mpox, Clade 1b, di Congo (DRC) yang turut merebak ke negara-negara berdekatan.

    Lebih 18,000 kes disyaki mpox termasuk 629 kematian telah dilaporkan di DRC, tahun ini hingga kini. – AFP

    Seorang pesakit mpox disuntik dengan rawatan intravena di hospital Kavumu, di timur Republik Demokratik Congo pada 24 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda