Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    United Airlines kembali pulihkan operasi

    NEW YORK, 20 APRIL – United Airlines melaporkan satu lagi kerugian suku tahun kelmarin, tetapi mengatakan kini ia melihat ‘jalan untuk mendapatkan kembali keuntungan’ tatkala program vaksinasi COVID-19 semakin giat dilaksanakan.

    Syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat yang mengalami kemerosotan dalam industri pelancongan semasa krisis COVID-19 itu, mengatakan ia kini berada dalam fasa pemulihan industri selepas mengurangkan kos dan secara beransur-ansur memperbaiki kedudukan aliran tunai semasa wabak.

    “Kami didorong oleh bukti yang kuat dalam permintaan bagi perjalanan udara dan kemampuan berterusan kami untuk menanganinya,” kata Ketua Eksekutif United, Scott Kirby.

    Untuk suku yang berakhir pada 31 Mac, United melaporkan kerugian AS$1.4 bilion, berbanding kerugian AS$1.7 bilion pada tempoh tahun lalu.

    Pendapatan menurun 59.6 peratus kepada AS$3.2 bilion. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pesawat United Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles di Dulles, Virginia, pada 2 Mac 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda