Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 19 FEB – Ahli Persatuan Warga Emas Daerah Belait (PWEDB) hari ini mengadakan upacara menaikkan bendera bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-40 (HK40) Negara Brunei Darussalam yang akan disambut tidak lama lagi.
Upacara itu diadakan di kediaman Sekretariat Am PWEDB, Awang Mohd Yunos bin Haji Pungut selaku penasihat PWEDB. Turut hadir ialah Presiden PWEDB, Dr Haji Mohd Shah bin Haji Ahmad.
Antara lain upacara itu diadakan adalah untuk menanam semangat patriotisme dalam meraikan hari kebangsaan dalam kalangan ahli warga emas.
Selain itu, PWEDB juga menambah bahawa upacara itu merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut, bagi memastikan warga emas dapat mengambil bahagian dan menyumbang kepada masyarakat kerana persatuan itu berhasrat bagi menjalankan lebih banyak aktiviti sepanjang tahun, daripada aktiviti keagamaan hingga amal.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/02/P9-C-GAMBAR-SERAHAN-PWEDB_20022024.jpg)